Wednesday, 1 May 2013

Lepakqueen

Assalamualaikum w.b.t

Mula-mula nak ucapkan selamat hari pekerja kepada mereka yang bekerja. Seronoknya dapat cuti. Mesti ramai yang pergi beriadah dengan keluarga kan. Untungnya. Aku tidak dapat pulang ke rumah. Abah dan emak tidak galakkan aku balik ke rumah. Kerana cuti sehari sahaja. Hurmm, sudahlah roomate aku pun tiada. Dia balik ke Pahang dari hari selasa lagi. Tinggallah aku keseorangan di dalam bilik. Nak ajak kawan lain keluar, mereka pun kebanyakkan sudah pulang ke rumah. Nasib baik aku ada kawan yang senasib dengan aku. Jadi kami pun keluar dengan girangnya pada hari cuti.

Aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Izzati kerana telah bawak aku jalan-jalan di Alamanda, Putrajaya. Tidaklah aku mati kutu nak buat apa sorang-sorang pada hari cuti ini. Terima kasih juga kepada Nana dan Izyan yang menemani aku pada hari ini. Nanti kita keluar lagi ya.. Hehe


No comments:

Post a Comment