Assalamualaikum w.b.t.
Apa itu komitmen? Apa itu tanggungjawab? Selalu orang cakap "Tolong bagi komitmen tehadap tugasan ini". Selalu kita dengar, "Tanggungjawab kita sebagai pelajar ialah menuntut ilmu" dan banyak lagi. Tapi, betulkah kita faham maksud komitmen dan tanggungjawab itu? Adakah ia sebagai satu ayat atau pemanis sahaja tetapi tidak tahu makna dan tindakannya.
Komitmen adalah suatu sikap kebulatan tekad yang dimiliki oleh seseorang untuk mencapai sesebuah tujuan, sehingga tujuan itu tercapai. Atau pun dari bahasa kasarnya ialah bersungguh-sungguh membuat sesuatu perkara. Tapi, bersungguhkah kita dalam melakukan sesuatu tugasan atau pekerjaan?
Tanggungjawab pula ialah amanah yang di berikan kepada seseorang dan tanggungjawab itu haruslah di jalankan atau dilakukan. Tapi betulkah kita benar-benar bertanggungjawab terhadap tugasan mahupun pekerjaan?
Di sini, aku berasa yang kita masih tidak faham dengan maksud komitmen dan tanggungjawab. Tapi betulkah kita tidak faham atau kita pura-pura tidak faham? Aku tidak faham dengan segelintir manusia yang di beri tanggungjawab tetapi, memindahkan beban tanggungjawab itu terhadap orang lain. Bukankah itu tanggungjawab kau? Kau perlulah beri komitmen terhadap tanggungjawab itu.
Aku berasa sedih, sedih kerana tanggungjawab dan komitmen itu semakin terhakis pada diri manusia. Aku tahu aku tidaklah seorang yang 100% memberikan komitmen dan tanggungjawab, tetapi sekurang-kurangnya 89% telah aku berikan. Aku cuba walaupun tidak sempurna tanggungjawab itu. Aku harap aku menjadi seorang yang tidak lupa akan tanggungjawab dan memberikan komitmen terhadap tugasan aku. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment