Wednesday, 5 June 2013

Semoga Berjaya

Assalamulaikum,


Saya ingin mengucapkan all the best kepada rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan akhir semester. Pasti sekarang rakan-rakan sedang berhempas pulas mengulangkaji subjek-subjek yang akan diuji pada minggu hadapan. Tak apa, masih ada masa. Jangan gelabah. Dan jangan lupa kewajiban kita walau sesibuk mana kita mengulangkaji. Ia juga merupakan peringatan pada diri sendiri. Fuhhh, tak apa, masih ada masa. Sempat lagi untung mengulangkaji. Aida boleh ! 


Minta Maaf Encik Azzwan

Assalamualaikum,


Berkenaan dengan tajuk post di atas, saya sangat kesal dan ingin meminta maaf kepada Encik Azzwan kerana membuat tugasan di akhir masa. Ini semua silap saya kerana saya telah menangguhkan tugas saya untuk menulis atau mengepost di blog. Saya sangat kesal kerana saya telah menyusahkan Encik Azzwan untuk memantau perkembangan blog. Maafkan saya kerana telah mengepost banyak pada malam ini. Saya harap Encik Azzwan sudi memaafkan saya. Dan di kesempatan ini, saya ingin berterima kasih kerana telah mencurahkan ilmu kepada kami. Saya akan aplikasikan apa yang Encik Azzwan telah ajar kelak. Terima kasih. 


Lucu

Assalamualaikum,


Setiap kali aku online muka buku, benda pertama yang akan aku lihat ialah gambar-gambar dari Himpunan Cerita Lawak. Sungguh lucu. Hari-hari ada saja jenaka baru yang akan di siarkan. Oleh itu, aku tidak jemu untuk melihatnya berulang-ulang kali. Ini beberapa gambar yang mampu buat orang yang melihat dan membacanya geli hati. Hehe









Jatuh Cinta

Assalamualaikum,


Berkenaan dengan tajuk post saya, saya sedang jatuh cinta dengan lagu Galau. Bukan lagu Dato' Siti ye, tapi lagu Five Minutes band dari Indonesia. Masa pertama kali dengar di radio, terus suka. Kemudian, terus cari dan muat turun. Secara tak langsung terus saya mencari makna galau itu. Menurut sumber yang boleh dipercayai, galau merupakan sebuah perasaan. Perasaan yang tidak jelas dan tidak menentu. Lebih mudah jika di katakan jiwa kacau, hati tidang tenang dan keruan. Ouhhh, itu maksudnya. Bagus tajuk lagu ini, dapat menambahkan ilmu bahasa saya cetek ini. Hehe. Okey, mari kita hayati bait-bait lagu Galau ini.


Katakan saja, jangan kau sembunyikan
Bila diriku tak lagi di hati
Kenanglah aku pernah singgah di hati
Mesti sekedar mengukir hatimu
Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Jangan katakan kisahmu saat ini
Karena bisa sakiti hatiku
Kenanglah aku pernah menjaga hatimu
Meski hanya kau dan aku yang tahu

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

Sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan putus dengan aku
Sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku galau

(sepi hatiku, galau jiwaku
Saat kau katakan) putus dengan aku
(sepi hariku tanpa dirimu
Menemani aku) galau

Selamat tinggal, jumpa lagi.

Assalamualaikum,



Tiba-tiba aku berasa rindu akan kelas Foundation English yang telah tamat pada beberapa minggu lepas. Rindu hendak belajar grammer, rindu hendak bergelak ketawa dengan rakan sekelas, rindu hendak berlatih drama dan rindu hendak makan Dominos sama-sama. Bilalah kita dapat berkumpul ramai-ramai lagi kan? Sudah pasti selepas ini kita akan membuat haluan masing-masing kerana kebanyakan rakan kelas di Fakulti Pendidikan dan Fakulti Pengajian Islam. Saya pasti merindui anda semua. Tidak lupa juga kepada Puan Hasni dan Puan Azwan yang telah mencurahkan ilmu kepada kami. Terima kasih kerana sabar dengan kerenah kami. Kami mahu "A" untuk subjek ini. Hehe.













Adab berhadapan dengan Jurujual

Assalamualaikum,






Kita seringkali tidak tahu bagaimana hendak menolak pelawaan jurujual untuk membeli barang mereka. Kita takut jika bahasa yang kita gunakan akan menjatuhkan maruah mereka. Kita juga tidak tahu hendak menolak sedangkan di saat itu, kita tengah kekeringan wang. Maka dengan itu, saya ingin memberikan beberapa tip atau adab jika berhadapan dengan jurujual. Adab-adab ini saya ambil dari buku yang bertajuk Tertib Peribadi terbitan Alaf 21. 

Antara adab-adab berhadapan dengan jurujual ialah :-

1) Tanya bila perlu

- Pertama sekali, mesti diingatkan bahawa anda masuk ke kedai tersebut adalag atas pilihan sendiri dan juga di sebabkan ingin membeli barang yang terdapat di situ. Tiada undang-undang yang mengatakan bahawa apabila seseorang masuk ke dalam sesebuah kedai, mereka wajib membeli. Sebagai seorang pelanggan anada berhak membuat keputusan mahu membeli atau tidak. Apabila anada memerlukan sesuatu barang yang specifik atau mahukan nasihat dan maklumat, jangan teragak-agak untuk bertanyakan kepada jurujual. Tetapi, permintaan ini tidak bermakna anda perlu membeli barangan tersebut. Jangan rasa terpaksa untuk membeli barang yang anda tidak suka. 

2) Katakan tidak dengan jujur

- Terdapat pelbagai cara untuk membuat jurujual menjauhi anada sewaktu anda sedang memilih barang. Caranya ialah dengan berhenti membuat "eye contact" atau elakkan seperti mahu memulakan perbualan dengan mereka. Anda juga boleh berhenti senyum dan berhenti bercakap dengan mereka. Biarkan bahasa tubuh menyampaikan mesej anda. Jika merasakan cara ini tidak sopan, mungkin ayat-ayat sebegini membantu anada mengelakkan diri daripada ditahan oleh jurujual sekaligus terpaksa mendengar tawaran mereka,

> "Baiklah, terima kasih banyak."
> "Biar saya tengok-tengok dulu."
> "Saya hendak tengok sekejap sahaja sebab nak cepat, ada hal."
> "Hari ini saya tidak mahu membeli, saja tengok-tengok."

3) Bawa rakan sebagai pelindung

- Ketika anda sedang sibuk berbual dengan rakan anda, adalah sukar untuk jurujual untuk menyampuk perbualan anda. Biarkan si jurujual menegtahui bahawa dia sedang mengganggu anda. Caranya adalah dengan berhenti sebentar dan dengar 'ceramahnya' sebentar. Kemudian barulah berkata dengan lembut, "Terima kasih, tetapi kami hanya mahu lihat sekeliling saja." Kemudian sambung semula perbualan dengan rakan anda. 


Ekspressi Mahasiswa di Putrajaya

Assalamualaikum,

Pada 17-19 Mei 2013, saya telah menyertai ekspressi mahasiswa yang berlangsung di Putrajaya sempena Festival Belia. Beberapa program yang telah di anjurkan oleh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia seperti pencarian gadis jelita, "Dance Battle", "Chest" dan lain-lain.

Oleh itu, saya siarkan beberapa keping gambar sepanjang saya di Putrajaya.

























Sesi Pembentangan 16/5/2013 "Microsoft Powerpoint"

Assalamualaikum,


Hari ini saya akan menceritakan sesi kedua pembentangan "Microsoft Powerpoint". Untuk sesi kedua ini, kumpulan saya turut terlibat untuk membentangkan persembahan powerpoint dengan tajuk "Pakaian Tradisional Di Malaysia". Kumpulan kami menceritakan tentang latar belakang pakaian kaum Melayu, China dan India. Kami juga menceritakan jenis-jenis pakaian setiap tahun beserta dengan contoh gambar. Selain itu, kami juga menyediakan video pendek berkenaan dengan tajuk kami. Kami berasa sangat gembira kerana video yang dipersembahkan mendapat pujian dari Encik Azzwan. Tidak sia-sia usaha saya balik ke rumah untuk mengedit video berkenaan.

Kemudian, terdapat juga kumpulan yang membentangkan tajuk berkenaan nostalgia zaman kanak-kanak, aplikasi dalam telefon bimbit, "Stress", parodi, sukan lasak "Paintball" dan lain-lain lagi. Saya sangat tertarik dengan pembentangan nostalgia zaman kanak-kanak kerana ia mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak. Mereka berjaya membawa kami kembali ke zaman kanak-kanak. Kumpulan yang membentangkan tajuk parodi juga menarik. Paling tertaring aksi spontan mereka di dalam video. Sangat menghiburkan. Akhir kata, semua kumpulan yang mempersembahkan tajuk mereka sangat menarik. Terima kasih.