Saturday, 20 April 2013

RINDU

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini bila celik sahaja mata dari tidur, tiba-tiba teringatkan mak dan ayah. Tiba-tiba rasa sebak, rasa rindu pada mereka. Mungkin kerana minggu ini ialah minggu yang sangat sibuk dengan exam, tiba-tiba teringatkan mereka. Bila rasa malas untuk mengulangkaji, wajah mereka akan muncul. Tiba-tiba teringat pada pesan dan harapan mereka. Terus aku gagahkan diri untuk mengulangkaji. Tinggal satu subjek sahaja lagi. Aku boleh!


Ayah dan Ibu dari Sudirman.


Ayah dan Ibu 
Itulah permulaan kami 
Dapatlah melihat bulan dan 
Matahari 
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi 
Ahai... 
Ayah dan ibu lah 
Mesti dihormati

Ayah dan ibu 
Wali dan juga keramat 
Pada mereka kita beri hormat 
Ahai... 
Bagilah tunjuk ajar dan 
Nasihat 
Supaya hidup 
Supaya hidup kita akan selamat



Friday, 19 April 2013

Berdebar-debar

Assalamualaikum,

Seminggu ini rasa tak sedap hati. Banyak betul benda yang mengganggu fikiran aku. Makan tak kenyang-kenyang, mandi berjam-jam dan tidur tak tentu masa. Hurmmm, begitu kuat sekali penangan Midterm exam pada minggu ini. Satu subjek iaitu Matematik untuk Ekonomi dan Pemasaran sudah lepas. Tinggal dua subjek lagi. Mikroekonomi 1 dan Prinsip Perakaunan. 

Banyak lagi yang perlu di ulangkaji. Sangat takut. Tak apa, kalau midterm exam tak memuaskan, masih ada final exam. Aku perlu kuat!!