Sunday, 28 April 2013

Ledakan Gwiyomi

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pasti anda tahu tentang Gwiyomi bukan? Sekarang sedang hangat orang ramai upload video Gwiyomi ke dalam Youtube. Dulu Gangnam style, lepas tu harlem shake, lepas ni apa lagi? haha. 

Masa mula-mula aku tahu tentang gwiyomi daripada facebook. "Perempuan Comel, Gwiyomi". Dalam hati aku, "Apakah?" Masa tu aku tak tengok video gwiyomi sebab line internet kat kolej sangat lambat. So, pada suatu hari yang indah, aku pergi ke kolej rakanku. Kemudian, aku buka laptop dia dan search gwiyomi. Sangat banyak. Sampai tak tahu nak tekan yang mana satu. Jadi aku pilihlah yang paling comel. Lepas tu, aku pun tahu apakah gwiyomi itu. Rupanya ia merupakan satu gerakan tangan dengan membuat wajah-wajah "cute" gitu loh. 

Jadi sejak hari itu, aku ingin tahu tentang gwiyomi ini. Lagu gwiyomi ini dinyanyikan oleh Hari iaitu penyanyi dari Korea. Tapi mula-mula tercetusnya gwiyomi ialah daripada penyanyi band BTOB iaitu illhoon. Beliau yang mulakan dulu kecomelan ini. Yang penting beliau lelaki. haha


Inilah beliau, Illhoon.

Memang tidak dinafikan lagunya yang ceria dan gerak tangan yang comel membuatkan orang yang melihatnya akan terikut-ikut. Tapi tidak semua. Ada yang suka, dan ada yang tidak suka. Tapi, sebenarnya benda ini menghiburkan. Kalau tak percaya cuba tengok video Abon. Sangat lucu. Aku sampai download video Abon. Bila buka, aku ketawa. Hilang Stress aku. haha




No comments:

Post a Comment