Friday, 1 March 2013

Aku, aku dan aku!

Akhirnya, aku dah ada blog. (Wah, Tahniah!!). Aku memang dah lama teringin nak buat. Akhirnya tahun 2013 jugak terciptanya sejarah aku berblog ni. Terasa diri ni macam Maria Elena pulak. (Ah, berangan). 


Okey, sebelum memulakan penulisan mestilah mulakan dengan pengenalan. Betul tak? Nama aku Nur Aida Binti Darnizul. Panggil aku Aida. Bukan Ummi Aida, Aida Aris dan sewaktu dengannya. Hanya Aida. Aku lahir pada 10 Februari 1991. Sekarang umur aku 22 tahun. Aku tinggal di Kampung Sungai Penchala. Aku anak kedua dari empat orang adik beradik. Aku seorang saja perempuan dalam adik beradik aku. Oleh itu, aku sedikit manja dan keras kepala. Walaupun aku "besar" dan nampak garang, sebenarnya aku mempunyai perasaan yang halus yang sukar untuk dimengerti. (cewah). Bos tempat kerja aku dulu kata aku seorang yang misteri, tapi sebenarnya aku unik. (Masuk bakul) hahaha. 

Sekarang aku belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku merupakan pelajar tahun satu yang mengambil  Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian. Oh ya, genap sebulan aku di UKM. (Yayyyy!!). Sebelum ni, aku mengambil diploma di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang selama tiga tahun. Melanjutkan pelajaran di UKM memang sudah menjadi impian aku sejak dulu. Pensyarah English aku di politeknik merupakan bekas pelajar UKM. Beliau selalu bercerita kehidupannya sewaktu belajar di UKM. Dari situ, mulalah angan-angan aku untuk melanjutkan pelajaran di UKM. Tak sangka, dari angan-angan jadi kenyataan. Alhamdulillah, syukran :) Memang tak salah berangan-angan. hahaha

Jika aku ada kelapangan, aku gemar meluangkan waktu dengan berjumpa kawan-kawan karib aku dan menonton filem. Tak kisah cerita apa, melayu, Jepun, Korea, Thailand, Filipina semua aku layan. Janji jalan cerita menarik. Tapi paling aku suka menonton filem buatan Malaysia. Filem kita wajah kita kan. Pada pendapat aku, filem kita pun menarik dan berkualiti. Aku tak faham dengan mereka yang mencemuh filem Melayu. Hurm, tak apalah, semua orang ada pendapat dan taste masing-masing.

Apa lagi nak cerita ek? Itu saja kot. Cukuplah sampai di sini dulu. Nanti boleh tulis lagi. Sebelum aku berhenti menaip, aku suka ingatkan diri aku supaya jadi diri aku sendiri. Tak perlu kita jadi orang lain. Selagi kita rasa kita jujur dengan diri kita, insyaallah kita akan gembira. Terima Kasih :)