Assalamualaikum,
Hari ini bila buka ifolio, Pensyarah Mikroekonomi telah post gred untuk midterm. Alangkah terkejutnya aku dengan gred yang aku peroleh. Rasa mahu pitam. Macam tak percaya pun ada. Sangat teruk. Aku rasa aku boleh jawab masa midterm exam hari itu. Lepas dari itu, aku menjadi panic. Terus terlintas dalam fikiran aku, "Kalau midterm gred macam ni, final macam mana pula?!". Ouhhh, tidak. Aku tidak sanggup terima keputusan peperiksaan akhir nanti. Bagaimana kalau gagal? Bagaimana kalau kena ambil semula Mikroekonomi? yang paling penting, Apakah reaksi mak dan abah aku nanti? Ouhhhh, aku rasa sangat tertekan. Ini semua salah aku!
Tapi, kalau gagal tidak bererti pengakhiran hidup aku! Tak apa, ia sebahagian dari pembelajaran dalam kehidupan. Ada naik ada turun kan. Tak apa, lepas ini aku perlu tingkatkan lagi kerajinan aku untuk belajar di semester akan datang. Untuk sekarang ni, aku mampu berdoa agar aku lulus semua subjek. Tapi untuk semester akan datang, aku akan usaha lebih gigih. Insyaallah.