Assalamualaikum dan salam satu Malaysia semua.
Hari ini aku rasa sangat bosan. Sampai tak tahu nak buat apa.
Padahal assignment dah melambak-lambak. Tapi tak tahu nak start dari mana (Ahh,
tu alasan semata-mata). Oleh sebab itu, tergerak hati aku untuk berkongsi
cara-cara aku hilangkan rasa bosan.
Okey, Yang pertama sekali ialah tidur. Tidur bukan sahaja dapat
hilangkan bosan, malah dengan tidur dapat juga hilangkan keserabutan (betul ke
ayat aku ni?) dan kepenatan selepas balik kelas dan sewaktu dengannya.
Yang kedua ialah makan sambil tengok movie atau drama kegemaran dekat laptop. Dapat hilang bosan sekaligus perut pun kenyang. hehe
Yang ketiga ialah makan makanan Favorite aku. Sekarang ni aku
teringin gila makan kek Indulgence dan ice cream vanilla. Dapat pulak makan
waktu tengah hari yang panas terik ni memang best. Nyum Nyum.
Yang keempat ialah baca komik kegemaran aku. Kalau aku, aku
suka baca lawak kampus. Sebab aku layan komik ni. Tadi pun baru beli buku Lawak
Kampus kat Pusanika (saje promote) hehehe
Yang kelima ni mesti korang selalu buat kan. Bila bosan ni, ada jelah kerja nakal yang dibuat macam stalker kawan-kawan korang punya Facebook,Blog,Twitter dan sebagainya (jangan cakap tak pernah buat) hahaha. Tapi cara ni tak berapa bagus, sebab kalau stalker je tak apalah, tapi ni siap kutuk-kutuk orang di stalker tu, dapat la dosa seguni. huhu
Itu sahajalah cara aku buat kalau nak hilangkan rasa bosan yang menggunung. Korang pun mesti ada cara tersendiri untuk hilangkan bosan kan kan?