Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Hi, sudah bangun sahur? Sahur apa pagi ni? Siapa masak? Sahur dengan siapa? Kenyang tak? Dah niat ke belum ni? hehehe.
Pagi ini aku sahur dengan Ayam Goreng Sambal yang mak aku masakkan khas untuk aku. Kenapa aku kata khas? Sebab pertama kerana aku bersahur di UKM dan sebab kedua mak memang khusus masakkan dua ketul ayam goreng ini untuk aku bersahur. Dapat bahagian peha pulak tu. Bertambah aku selera makan sahur pagi ini. (Pernah ke aku tak berselera nampak makanan?) Hahaha.
Sebenarnya mak aku masakkan dua ayam goreng untuk aku kongsikan seketul bersama rakan sebilik aku. Tapi memandangkan kawanku ini, di beri 'cuti', oleh itu, aku membedal dua ketul ayam ni seorang diri. Agak sunyi makan seorang diri. Tapi tak apalah, nasib baik ada ayam goreng.
Ini merupakan kali pertama aku bersahur nasi di UKM. Kat rumah jangan cakaplah, memang hari-hari sahur nasi. Biasalah, mak yang masak. Hehe. Sebelum ini sahur di UKM hanya roti, kurma, biskut dan maggi. Paling best pun makan murtabak yang aku bawak dari rumah. Tu pun dah sejuk. Tak sedap. (Memilih. Astagfirullah alazim...)
Di sini aku nak beritahu yang ayam goreng sambal mak aku masak sangat sedap. Al maklumlah, air tangan mak aku yang masak kan. Tapi maaf mak, kita tak pandai nak bagitahu mak depan-depan, tapi sejujurnya, setiap kali kita balek rumah, tak kiralah sewaktu diploma atau sekarang, kita ternanti-nantikan ayam goreng sambal mak. Lagi-lagi kalau mak masukkan sekali kentang dan terung. Sangat sedap. Tapi kita rasa mak tahu yang kita sangat suka makan ayam goreng sambal yang mak buat kan?
Haaaaa, sebenarnya itu saja yang aku nak bagitahu. Tak menarikkan? Hahaha. Okey lah. Memandangkan subuh pun bakal masuk, baiklah aku mengundur diri dulu. Dedaaaa...