Sunday, 19 May 2013

Gemuk Itu Dosa!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tengah buat apa tu? Sudah makan? Tak makan? Kenapa tak makan? Takut gemuk? Kenapa takut gemuk? Takut orang ejek? Kenapa takut orang ejek? Sebab tak cantik bila gemuk?




Itulah perkara yang terkandung pada seseorang bertubuh gemuk seperti aku. Selalu takut dan tidak yakin pada diri sendiri. Selalu menganggap diri tidak cantik seperti kawan-kawan yang lain yang bertubuh kurus. Selalu menganggap apa yang dipakai tidak cantik dan tidak kena. 

Pada pendapat aku, gemuk itu tidak salah. Cuma pemikiran kita telah tetapkan bahawa kurus itu cantik. Kenapa kita tak tetapkan di dalam minda kita bahawa yang gemuk juga cantik. Mungkin sebab dari kecil kita selalu dengar emak kita cakap "Jangan makan banyak. Nanti gemuk, tak cantik. Nanti tak ada orang nak". Kalau betullah, pasti ramai orang yang gemuk tidak berkahwin. Memang benar kalau gemuk, sukar untuk pakai pakaian yang kita suka, tapi kita haruslah fikir positif. Kalau baju itu tidak muat, carilah baju yang muat untuk dipakai. Bak kata pepatah, "Ukur baju di badan sendiri".

Sebab penyakit? Orang kata orang gemuk banyak penyakit. Itu mungkin benar, tapi tak semestinya. Jika kita pandai jaga kesihatan, pasti kita tidak dijangkiti penyakit. Selagi kita lakukan senaman dan amalkan gaya hidup yang sihat, insyaallah kita sihat dan kelihatan cantik.

Janganlah terlalu peduli dengan apa orang sekeliling kita nak kata, sebab mereka pun tidaklah sempurna. Tuhan ciptakan kita berlainan bentuk. Jadi bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan. Memang boleh menegur untuk kebaikan kita juga. Kita juga haruslah berfikiran terbuka, terima apa yang baik. Perlu bersikap positif setiap apa yang dikatakan oleh orang lain. Mana yang baik, kita ambil untuk membetulkan diri kita. Tak apa, nasihat orang kita kena dengar juga. Lagi-lagi nasihat dari orang tua. Sebab mereka makan garam dahulu sebelum kita. Jadi renung-renungkan dan selamat maju jaya. :)