Sunday, 21 April 2013

Selamat Ulang Tahun Abah

Assalamualaikum w.b.t.


Semalam ulang tahun ayah aku yang ke 56. Tapi, aku boleh lupa tentang itu. Tadi keluar dari Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh dalam pukul 12.30p.m. terus abah aku telefon.

Aku : Assalamualaikum. Hello.

Abah : Waalaikumsalam. Angah tengah buat apa?

Aku : Kita (Bahasa diri) baru habis jawab exam, abah. Kenapa call, abah?

Abah : Semalam hari apa ye?

Aku : Hari?

Alamak, baru aku teringat ulang tahun ayah bersamaan 20 April. Aku boleh lupa telefon abah semalam. Patutlah sampai mimpi emak dengan abah semalam. 

Aku : Ulang tahun abah kan? Maaf, kita lupa sangat. Sibuk sangat nak jawab exam. Tapi, selamat ulang tahun abah !

Itu lah antara perbualan antara aku dan abah tadi. Haih, macam mana aku boleh lupa sedangkan setiap tahun aku ucapkan pada abah. Harap-harap abah tak kecil hati.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada abah yang ke-57. Semoga abah senantiasa sehat dan dipanjangkan usia. Amin. Terima kasih kerana bentuk kita menjadi manusia yang berguna. Tanpa abah siapalah kita. Terima kasih kerana selalu beri sokongan kepada kita. Terutama bila kita rasa kita tak dapat buat sesuatu perkara, abah selalu ada dengan kita. Terima kasih jaga kita sampai kita besar seperti sekarang. Terima kasih kerana tidak lupa bagi duit saku. Terima kasih kerana sanggup berjaga malam untuk letakkan tuala basah bila kita demam. Terima kasih selalu hantar kita pergi The Curve sebab nak makan Meatball. Haha. Kita juga minta maaf kalau kita pernah buat abah sedih. Kita tak dapat nak ungkapkan perkataan maaf, tapi kita tunjukkan melalui perbuatan. Harap abah faham.

Kita nak abah tahu, walaupun abah tak sekaya Bill Gates dan tak sekacak Aaron Aziz, bagi kita abahlah yang kaya dan paling kacak. Sebab apa, sebab abah ialah abah kita :)







Terima kasih abah :)

No comments:

Post a Comment