Wednesday, 5 June 2013

Adab berhadapan dengan Jurujual

Assalamualaikum,






Kita seringkali tidak tahu bagaimana hendak menolak pelawaan jurujual untuk membeli barang mereka. Kita takut jika bahasa yang kita gunakan akan menjatuhkan maruah mereka. Kita juga tidak tahu hendak menolak sedangkan di saat itu, kita tengah kekeringan wang. Maka dengan itu, saya ingin memberikan beberapa tip atau adab jika berhadapan dengan jurujual. Adab-adab ini saya ambil dari buku yang bertajuk Tertib Peribadi terbitan Alaf 21. 

Antara adab-adab berhadapan dengan jurujual ialah :-

1) Tanya bila perlu

- Pertama sekali, mesti diingatkan bahawa anda masuk ke kedai tersebut adalag atas pilihan sendiri dan juga di sebabkan ingin membeli barang yang terdapat di situ. Tiada undang-undang yang mengatakan bahawa apabila seseorang masuk ke dalam sesebuah kedai, mereka wajib membeli. Sebagai seorang pelanggan anada berhak membuat keputusan mahu membeli atau tidak. Apabila anada memerlukan sesuatu barang yang specifik atau mahukan nasihat dan maklumat, jangan teragak-agak untuk bertanyakan kepada jurujual. Tetapi, permintaan ini tidak bermakna anda perlu membeli barangan tersebut. Jangan rasa terpaksa untuk membeli barang yang anda tidak suka. 

2) Katakan tidak dengan jujur

- Terdapat pelbagai cara untuk membuat jurujual menjauhi anada sewaktu anda sedang memilih barang. Caranya ialah dengan berhenti membuat "eye contact" atau elakkan seperti mahu memulakan perbualan dengan mereka. Anda juga boleh berhenti senyum dan berhenti bercakap dengan mereka. Biarkan bahasa tubuh menyampaikan mesej anda. Jika merasakan cara ini tidak sopan, mungkin ayat-ayat sebegini membantu anada mengelakkan diri daripada ditahan oleh jurujual sekaligus terpaksa mendengar tawaran mereka,

> "Baiklah, terima kasih banyak."
> "Biar saya tengok-tengok dulu."
> "Saya hendak tengok sekejap sahaja sebab nak cepat, ada hal."
> "Hari ini saya tidak mahu membeli, saja tengok-tengok."

3) Bawa rakan sebagai pelindung

- Ketika anda sedang sibuk berbual dengan rakan anda, adalah sukar untuk jurujual untuk menyampuk perbualan anda. Biarkan si jurujual menegtahui bahawa dia sedang mengganggu anda. Caranya adalah dengan berhenti sebentar dan dengar 'ceramahnya' sebentar. Kemudian barulah berkata dengan lembut, "Terima kasih, tetapi kami hanya mahu lihat sekeliling saja." Kemudian sambung semula perbualan dengan rakan anda. 


No comments:

Post a Comment