Wednesday, 5 June 2013

Sesi Pembentangan 16/5/2013 "Microsoft Powerpoint"

Assalamualaikum,


Hari ini saya akan menceritakan sesi kedua pembentangan "Microsoft Powerpoint". Untuk sesi kedua ini, kumpulan saya turut terlibat untuk membentangkan persembahan powerpoint dengan tajuk "Pakaian Tradisional Di Malaysia". Kumpulan kami menceritakan tentang latar belakang pakaian kaum Melayu, China dan India. Kami juga menceritakan jenis-jenis pakaian setiap tahun beserta dengan contoh gambar. Selain itu, kami juga menyediakan video pendek berkenaan dengan tajuk kami. Kami berasa sangat gembira kerana video yang dipersembahkan mendapat pujian dari Encik Azzwan. Tidak sia-sia usaha saya balik ke rumah untuk mengedit video berkenaan.

Kemudian, terdapat juga kumpulan yang membentangkan tajuk berkenaan nostalgia zaman kanak-kanak, aplikasi dalam telefon bimbit, "Stress", parodi, sukan lasak "Paintball" dan lain-lain lagi. Saya sangat tertarik dengan pembentangan nostalgia zaman kanak-kanak kerana ia mengingatkan saya pada zaman kanak-kanak. Mereka berjaya membawa kami kembali ke zaman kanak-kanak. Kumpulan yang membentangkan tajuk parodi juga menarik. Paling tertaring aksi spontan mereka di dalam video. Sangat menghiburkan. Akhir kata, semua kumpulan yang mempersembahkan tajuk mereka sangat menarik. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment