Saturday, 1 June 2013

Sesi Pembentangan 9/5/2013 "Microsoft Powerpoint"

Assalamualaikum,

Sepanjang minggu lepas terlalu banyak aktiviti dan program sehinggakan aku tidak sempat hendak menulis apa-apa di blog. Oleh itu, aku tebus balik dengan menceritakan pembentangan "Microsoft Powerpoint" pada dua minggu yang lepas. Terlebih dahulu, ia terbahagi kepada dua sesi. Untuk sesi pertama, kumpulan yang sempat membentangkan tugas mereka ialah kumpulan yang memilih tajuk pantang larang kaum dan kasut. Sepatutnya pembentangan berlangsung selama 3 jam. Tapi di sebabkan masalah teknikal hanya dua kumpulan yang berjaya membentangkan hasil tugasan mereka. Bukan itu sahaja, aku juga mengalami masalah untuk pergi ke kelas pada hari itu. Boleh pula pintu bilik aku rosak dan aku tidak dapat masuk atau keluar. Terpaksalah aku keluar melalui tingkap bilik. Mujur bilik aku paling bawah. Hehe..

Ouh ya, tentang pembentangan. Aku sangat tertarik dengan kumpulan yang membentangkan tajuk pantang larang kaum. Ia memberikan informasi yang menarik di sebalik kita dapat mempelajari pantang larang etnik lain di Malaysia. Yang paling menarik ialah pantang larang kaum Cina, di mana seseorang tidak boleh menghadiahkan jam pada ulang tahun rakan-rakan mereka kerana jam membawa maksud mati. Ouhh, baru aku tahu. Kemudian, tentang pantang larang perkahwinan kaum India. Pasangan di larang berjumpa sebelum perkahwinan kerana ia akan membawa kesan buruk. Sebab apa, itu aku tidak pasti. Mungkin di sebabkan kepercayaan mereka. Ada juga yang aku tahu tentang pantang larang kaum India, mereka dilarang mengambil gambar kerana ia boleh membawa kepada kematian. Benar atau tidak aku tidak pasti. Yang pasti, kaum India memang jarang bergambar. (Iye ke?). Kalau pantang larang kaum Melayu pasti ramai yang sudah tahu. Contohnya, tidak boleh menyanyi di dapur dan tidak boleh duduk depan pintu kerana nanti tidak kahwin. Kemudian, tidak boleh hulur tangan kiri dan banyak lagi. Sebenarnya, pantang larang itu mendidik kita supaya kita menjadi seorang yang beradab dan sopan. Bukan tidak kahwin kalau menyanyi di dapur, tapi takut kalau leka menyanyi, ikan yang di goreng hangus pula. Hahaha.

Kemudian, kasut. Haaaa, aku soal kasut memang tidak berapa mahir. Tapi, terima kasih kepada kumpulan ini kerana memberikan informasi tentang kasut. Mereka menerangkan tentang jenis-jenis kasut, jenama kasut dan lan-lain lagi. Ada bermacam-macam jenis dan jenama kasut. Memang banyak. Pergi saja ke pusat membeli belah, bermacam-macam jenama dan beraneka warna. Kasut yang berjenama sudah pasti mahal. Tapi bagi aku, BATA juga pilihan hati. Hahaha.

Baiklah, itu sahaja. Bye bye.

No comments:

Post a Comment