Tuesday, 8 April 2014

Kita Kawan Sampai Bila-bilakan?

ASAM muda mudi.
28.12.2006, selepas ambil result PMR.



Syuhada Sazaly kekal cantik dan suka gelak besar macam dulu. Sekarang kurang sikit kot. Otak gila-gila. Memang tak terlayanlah. Kita paling suka tengok wayang cerita hantu dengan awak. Awak suka tambah element seram and suspen walaupun cerita tu tak la seram sangat. Tapi jerit gegar satu kampung penchaloo. Haha

Syamila Amuran kekal cute dan suka bercerita. Kita ingat lagi masa darjah satu awak suka cerita hantu kat kita. Tapi awak tak ingat pun. Sampai hati. Huhu. Awak lah teman yang selalu ada setiap cuti hujung minggu. Walaupun kita selalu pergi curve dan OU sahaja. haha. Teman kita window shopping, teman kita makan. NyumNyum.

Nur Aziera kekal ayu dan jelita (cewah). Suka supply makanan kalau datang rumah dia. Rumah awak jadi rumah nombor dua kitaorang. Mana taknya, habis sekolah, jalan kat depan rasta sambil nyanyi lagu barisan kita dengan lagu awie, terus lepak sampai maghrib. Tak reti nak balik. Ish Ish Haha

Aida Loze ape ek? kekal gojes dulu, kini dan selamanya. Tu je.. haha

Agaknya 5 tahun akan datang apa ASAM buat?
Syu, mungkin dah jadi penasihat pada satu syarikat besar.
Mela, mungkin dah jadi assistant manager HR kat Mofaz.
Azie, mungkin jadi cikgu disiplin yang cantik tapi garang. haha

Tak tahu lah kenapa, bila tengok gambar lama-lama kita, mesti nak flashback zaman-zaman time sekolah dulu. Macam-macam drama. Suka usha senior ni la lepas tu bagi gelaran. Abang seksi, mamet, ribut, angin ahmar, abang beta, bernadeath, siput sedut, penan, ah come on, banyak lagi lah. Lawak gila. Seronok kot. Hari-hari kita jumpa. Pejam celik, dah 9 tahun usia persahabatan kita. Lama kan?

9.4.2014, sekarang.
Rindulah. Sekarang susah betul kita nak lepak sama-sama. Masing-masing sibuk. Sibuk dengan assignment, kerja, praktikal. Tapi nak buat macam mana kan. Kita dah tak banyak masa terluang macam zaman sekolah.

Harap ASAM kekal ASAM buat selama-lamanya. Amin.

1 comment:

  1. acip tgk muka mila,rindu zaman dulu nk mengayat mila,bkn main susah lg :) hee rindu nk lepak ngn geng asam :)

    ReplyDelete