Assalamualaikum semua :)
Malam ini rasa lapar pulak. Tiba-tiba teringat "meatball" kat Ikea. Hurmmmm, rasanya last pergi masa bulan Februari dengan kawan karibku, Mella, sebelum masuk UKM. Mella sahaja peneman aku ber"meatball". Tapi dia pun dah masuk belajar kat UiTM, Melaka. Lepas ini jarang-jaranglah nak keluar makan "meatball" dengan dia.
Aku ingat lagi pertama kali aku makan "meatball". Masa tu lepas aku tamat belajar di Politeknik Seberang Perai, pada tahun 2012. Kawan kembar aku, Hasnida dan Hasnani yang beriya-iya ajak makan "meatball". Mereka kata "meatball" kat Ikea sangat sedap. Kalau dah pekena sekali, mesti nak lagi. Masa tu aku macam nak tak nak jelah. Tapi memang betul. Lepas aku merasai kenikmatan "meatball" tu, aku rasa macam nak makan hari-hari. Memang sedap. (ahh, kecoq air lioq). Selalunya kalau pergi makan "meatball" mesti tapaw 20 biji lagi untuk makan di rumah. (Macam manalah badan tak macam "meatball") Ish ish ishhhh.. Sampai emak aku pun boleh teka kalau aku keluar dengan Mella mesti pergi makan "meatball" (Hebat betul mak aku) haha.
Kalaulah ada orang hantarkan "meatball" untuk aku malam-malam ni kan best. Terubat rindu aku pada "meatball". hahahahah
Masa 1st time makan "meatball" terus order 20 biji. Siap ada bendera lagi. Tapi yang penting ini untuk aku seorang je :)
Aku sangat tamak. Hahaha
Mella teman ber"meatball" : P
No comments:
Post a Comment