Wednesday, 3 April 2013

Drama Rip Van Winkle

Assalamualaikum :)



Berkenaan dengan post hari ini, aku ingin menceritakan tentang pementasan drama Rip Van Winkle (Cewahh) untuk subjek Foundation English yang akan berlangsung tidak lama lagi. Mungkin dalam bulan depan. Seperti gambar diatas, mereka merupakan pelakon-pelakon yang akan menjayakan pementasan ini. Hehe. 

Cerita Rip Van Winkle merupakan kisah dimana Rip, seorang pemuda yang telah berkahwin dan mempunyai anak tetapi dia seorang yang malas bekerja. Pada suatu hari, isteri Rip memarahi Rip kerana banyak menghabiskan masa di sebuah kedai sambil bercerita dengan rakan-rakannya. Rip marah lalu melarikan diri ke sebuah bukit yang dianggap berhantu. Dia dan anjing peliharaannya, Wolf berlegar-legar di atas bukit lalu terjumpa seorang orang tua yang menggendong tong besar. Rip menegur orang tua itu, tapi orang tua itu tidak menjawab sapaannya. Rip merupakan orang yang baik hati, dia menolong orang tua itu mengangkat tong tersebut. Maka, mereka pun berjalanlah.

Setelah beberapa jam berjalan, mereka pun sampai di suatu kawasan. Dilihatnya ramai lelaki sedang bermain "Chess" tetapi mereka tidak bercakap. Rip rasa amat pelik. Lalu di tanya kepada orang tua itu apa yang ada di dalam tong, orang tua tidak menjawab. Rip melihat ke dalam tong, rupanya didalamnya adalah air. Rip pun minum air berkenaan. Disebabkan terlalu penat, dia pun tidur di bawah pokok. Apabila dia bangun dari tidur, dia lihat sekelilingnya telah berubah. Anjing, orang tua dan orang-orang yang bermain "chess" telah tiada. Dia lihat mukanya telah berubah dan dia mempunyai janggut putih yang sangat panjang. Rip pun turun dari bukit itu, alangkah terkejutnya Rip apabila melihat kampungnya telah berubah menjadi suatu kawasan yang membangun yang mempunyai banyak bangunan.

Dia pergi ke kedai untuk bertanyakan tentang semalam, tapi kedai itu telah berubah menjadi Bar. Tiada orang di situ yang mengenali Rip. Akan tetapi, ada seorang perempuan tua yang mengenalinya. Lalu dia berjumpa dengan anak perempuannya yang telah besar dan sudah berkahwin. Dia menceritakan tentang bukit dan orang tua. Lalu dia mendapati bahawa yang selama ini dia telah tidur selama 20 tahun.

Begitulah sinopsis cerita Rip Van Winkle. Kami akan mengubah sedikit jalan cerita dan watak di dalam pementasan itu nanti. Kami bercadang untuk mem"Parody"kan cerita ini. Tapi tak tahulah jadi atau tidak. Sebab minggu ini baru membentangkan Storyboard kepada Puan Azwan. Alhamdulillah dapat komen yang positif.  Harap-harap menjadilah drama ini nanti. huhu






No comments:

Post a Comment