Monday, 18 March 2013

Seminar dan Bengkel Pengurusan Seni Budaya

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Apa khabar? Tengah buat apa tu? Sudah makan? Sudah Minum? Sudah Mandi? Sudah cukup cukup sudah. hehe

Akhirnya, malam ini dapat juga aku dapat luangkan masa untuk menaip. Minggu lepas bukan main sibuk lagi. Dengan kuiz, tutorial, assignment, presentation dan banyak lagilah. Sampai tidur pun terpaksa dikorbankan sedikit. huhu. Tapi hari ini "i got time" hehe.

Okeylah, minggu lepas, hari sabtu dan ahad aku menyertai Seminar dan Bengkel Pengurusan Seni budaya anjuran Pusat Kebudayaan, Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Urus Setia ARTISUKMA Universiti Kebangsaan Malaysia. Bengkel yang berlangsung dua hari itu didatangi oleh penceramah-penceramah yang mahir tentang pengurusan sesuatu persembahan di pentas seperti Cik Zaiton Hasan, Drs. Rafie Haji Mohammad dan Puan Hazelina Ghazaly. Selain itu, Dr Zubir Idris dan Puan Dianna Sulaiman turut dijemput untuk memberikan ceramah berkaitan dengan Sastera Melayu dan Pemantapan Kebudayaan.

Banyak ilmu yang diperolehi sewaktu di seminar itu seperti bagaimana kita menguruskan sesuatu projek, bagaimana untuk menguruskan persembahan, etiket sosial dan protokol majlis, pencahayaan dan banyak lagi. Selepas kami didedahkan dengan semua itu, kami perlu mengendalikan majlis penutup seminar itu sendiri. masa yang diberikan hanya beberapa jam. Tapi dengan ilmu yang diberi serta kerjasama dari semua peserta, kami berjaya melakukannya dengan cemerlang.








Walaupun penat sebab seminar berlangsung dari pagi hingga ke malam, tapi aku rasa puas hati. Selain daripada aku puas hati sebab dapat makan percuma (hehe) aku puas hati kerana aku dapat belajar sesuatu yang baru. Lagi-lagi aku memang berminat dengan persembahan. Selalu dapat tengok kat televisyen sahaja, tapi hari itu aku dapat merasai pengalaman mengendalikan sesuatu persembahan. Sangat seronok.

No comments:

Post a Comment